Tuesday, 16 May 2017

DETOX TRADISIONAL

                       Detox Orang Dulu-Dulu


Lumrah seorang wanita, pasti terpengaruh dengan kecantikkan.
Sekali sekala jom ikut Cik Yaya amalkan petua orang dulu-dulu yg sering minuman jus herba buatan sendiri untuk mengekalkan kecantikkan dalaman serta luaran.


5 jenis jus minuman yg mampu memantapkan dalaman wanita.


Jus Kunyit - Kecutkan rahim 






Bahan:

2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
Garam
1 liter air putih

Cara:

Kisar semua bahan sehingga hancur.
Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
Khasiat : Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan,membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.




Jus Halia - Pembuangan Angin







Bahan:

2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh asli
Gula perang secukup rasa
Air putih

Cara:

Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.





Jus Kurma - Memberi Tenaga







Bahan:

5 biji kurma pilihan
Segelas susu segar
1 sudu besar madu

Cara:

Kisar semua bahan ini sehingga hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan ketika perut kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.




Jus Delima - Kurangkan Kolestrol







Bahan:

1/2 sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:

Kacau semua bahan di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kulit supaya lebih berseri dan cerah.



Jus Herba Campuran - Pulihkan Bahagian Intim





Bahan:

1 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara:

Pecahkan telur dalam cawan
Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga sebati
Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga  dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

#Ryoungbeauty

No comments:

Post a Comment